|
Muzik video ini mengisahkan tentang cinta sejati seorang lelaki yang meratapi pemergian kekasihnya. Walaupun diperlihatkan segala kenangan manis mereka bersama, muzik video ini sebenarnya menceritakan segala dugaan dan cabaran yang terpaksa lelaki ini hadapi dalam menempuhi kehidupan sehariannya tanpa kekasihnya.
Apa yang menariknya tentang muzik video ini adalah ia menampilkan kumpulan koir dan juga penggambaran dibuat di dalam air, satu pengalaman berharga buat Faizal di mana beliau turut mendapat peluang bekerjasama dengan perenang berirama kebangsaan, Katrina.
Para peminat Faizal Tahir dan juga penonton 8TV juga akan dapat menyaksikan rakaman di sebalik tabir pembikinan muzik video Aku. Muzik. Kamu – The Faizal Story yang bakal menemui anda semua pada 22 Jun 2008 (Ahad), jam 10.00 malam. Jadi jangan lupa menyaksikan semua ini secara eksklusif hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.
|