Kaedah Penggunaan
 |
 |
 |
|
1. Pergi ke “Write Message"
|
2. Taip SPR<jarak>No. KP
(lama atau baru)
|
3. Hantar ke 36677
|
 |
 |
 |
4. Reply 1ST MT
|
5. Reply 2ND MT
|
6. Reply “error message”Note: If the record entered is not in the SPR registry |
Terma Dan Syarat
Sila baca dan fahamkan terma-terma dan syarat-syarat berikut yang terpakai terhadap akses tuan/puan ke perkhidmatan SMS (selepas ini dirujuk sebagai "Perkhidmatan") dan penggunaan Perkhidmatan seperti yang diperuntukkan.
Tuan/puan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya tuan/puan mengakses Perkhidmatan SMS dan sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini tuan/puan hendaklah menghentikan akses ke Perkhidmatan ini dengan SEGERA.
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERPAKAI TERHADAP AKSES PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SEMAK RUJUKAN DAFTAR PEMILIH SPR MELALUI SMS
Akses Laman Web dan penggunaan Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut pada setiap masa.
DEFINISI
1."Isikandungan"
ertinya semua data, maklumat, bahan dan isikandung termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mesej teks, nada dering, logo opertor, ikon kumpulan pemanggil, mesej bergambar, screen saver dan senarai direktori seperti yang dimaklumkan di dalam laman web.
2. "Sistem Pesanan Ringkas"
Sistem Pesanan Ringkas.
3. "Permintaan Muatturun SMS"
ertinya satu permintaan memuatturun sesuatu ‘Item’ ke telefon bimbit melalui Sistem Pesanan Ringkas.
4. "Item"
ertinya Isikandungan tertentu yang diminta untuk dimuatturun mengikuti sesuatu permintaan muatturun.
5. "Kerugian"
ertinya mana-mana atau kerugian keseluruhan, gantirugi (kewangan dan sebaliknya), kecederaan, kos, caj dan/atau perbelanjaan dalam bentuk apapun atau sebaliknya timbul termasuklah yuran guaman atas dasar tanggungrugi penuh;
6. "SPR"
ertinya Suruhanjaya Pilihan Raya badan berkecuali yang memantau proses pilihan raya di Malaysia;
7. "Vendor Pihak Ketiga"
ertinya mana-mana pihak yang dilantik olehuntuk melaksanakan Perkhidmatan internet;
- PERKHIDMATAN SMS SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Perkhidmatan SNS boleh diperolehi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, melainkan semasa tempoh penyenggaraan atau pada masa yang lain atas sebab di luar kawalan LTSB untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut. Pengemaskinian maklumat dan pemprosesan transaksi hanya akan dibuat pada Hari Perniagaan.
- PENAMATAN
LTSB berhak untuk menamatkan keseluruhan atau sebahagian Perkhidmatan pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab pun serta merta dan tanpa memberi notis kepada tuan/puan sekiranya tuan/puan melanggari mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini atau mengingkari hak LTSB, pengguna lain, mana-mana pihak ketiga atau melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.
- CAJ/YURAN
SPR tidak akan mengenakan apa-apa caj bagi akses tuan/puan ke Laman Web atau untuk menyemak daftar pemilih tuan/puan dan tuan/puan bersetuju dan mengakui bahawa SPR berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengenakan apa-apa caj bagi Perkhidmatan ini atau mana-mana perkhidmatan lain atau sebahagiannya yang akan dikenakan pada bila-bila masa di masa akan datang dan SPR akan memberikan notis terlebih dahulu.
Tuan/puan juga bersetuju bahawa tuan/puan akan terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Vendor pihak Ketiga dalam melaksanakan Perkhidmatan tersebut.
- MAKLUMAT SULIT
LTSB tidak akan meminda atau mendedahkan maklumat sulit melainkan LTSB dikehendaki berbuat demikian selaras dengan peruntukan undang-undang atau peraturan untuk melindungi hak dan harta LTSB, menguatkuasakan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini dalam memberikan Perkhidmatan kepada tuan/puan atau menjawab apa-apa tuntutan yang mana kandungannya melanggari hak pihak lain.
- HYPER RANGKAI
Hyper rangkai dari atau ke laman web diluar Laman Web ini hanya bertujuan untuk memudahkan sahaja. Hyper rangkai laman web tersebut dimiliki dan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang berada di luar kawalan LTSB.
LTSB tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan pihak ketiga yang dinamakan atau produk dan perkhidmatan mereka yang terkandung di dalam laman web tersebut.
Hyper rangkai yang diberikan di dalam Laman Web ini hendaklah tidak dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan hyper rangkai Laman Web tersebut atau kandungannya.
Penggunaan hyper rangkai ke mana-mana laman web lain adalah atas risiko tuan/puan sendiri dan LTSB tidak akan bertanggunjawab terhadap apa-apa kerugian berhubung dengan penggunaan hyper rangkai tersebut.
- INDEMNITI
Tuan/puan dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya dan tidak melibatkan Pegawai LTSB, terhadap apa-apa tanggung rugi, kerugian, perbelanjaan dan kos (termasuklah kos perundangan dan perbelanjaan yang telah dibayar) yang mungkin dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan atau akibat daripada pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini oleh tuan/puan.
- PENGENEPIAN
Di dalam keadaan LTSB gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini atas apa jua sebab, ini tidak akan mengenepikan hak LTSB untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini oleh tuan/puan.
- PENGECUALIAN LIABILITI
LTSB dan/atau agennya hendaklah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan terhadap tuan/puan yang timbul samada dalam kontrak, tort, kecuaian, "strict liability" atau atas dasar-dasar lain termasuk tetapi tidak terhad kepada langsung atau tidak langsung apa-apa tanggungrugi atau kehilangan keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Perkhidmatan atau ketidakcapaian untuk akses atau mengguna Laman Web (atau mana-mana "hyperlink" pihak ketiga kepada atau daripada Laman Web LTSB), kepercayaan terhadap maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini, dan di dalam keadaan perkakasan, perisian gagal berfungsi, gangguan, kesilapan, tertinggal, kelewatan di dalam operasi, virus komputer dan sebagainya.
Klausa peruntukan pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa setakat dibenarkan di bawah undang-undang.
- PINDAAN
LTSB berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengubahsuai (termasuklah menghad, mengganti atau memotong) Perkhidmatan ini dan kandungan atau bahagiannya dan juga berhak untuk menamatkan atau menghad akses dan atau penggunaanya pada bila-bila masa dan notis bertulis berkenaan pindaan atau ubahsuai tersebut akan dimaklumkan kepada tuan/puan dalam apa jua bentuk dan cara yang ditetapkan oleh LTSB.
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak muktamad. LTSB mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau meminda terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis kepada anda dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh LTSB.
- UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.
- PENGGUNAAN DATA
Tuan/puan mengetahui dan membenarkan LTSB mengumpul atau menyimpan apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang tuan/puan untuk digunakan dalam Perkhidmatan ini.
- PENGGUNAAN PERKHIDMATAN SMS
(a) Tarif
Anda akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap permintaan muatturun SMS. LTSB berhak mengenakan kadar caj yang berlainan untuk perkhidmatan sedia ada dan perkhidmatan baru berkaitan perkhidmatan SMS tanpa memberi sebarang notis.
(b) Perkhidmatan
Perkhidmatan ini membenarkan anda untuk melihat dan memuatturun Item, melalui SMS, kepada telefon bimbit anda yang berkeupayaan dengan kadar caj yang dikenakan oleh LTSB dari masa ke semasa. LTSB berhak mengembangkan perkhidmatan tersebut kepada perkhidmatan lain di bawah naungan ‘myLTSB’. Anda bertanggungjawab ke atas setiap kos yang dicaj kepada anda sekiranya anda, degan cara tidak sengaja atau sengaja, memadam, mengganti atau menghapus salah satu Item atau sebaliknya. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua pelanggan talian 012, 013, 016, 017 dan 019 (prabayar dan talian tetap). Individu berumur 18 tahun kebawah perlu mendapatkan persetujuan ibubapa/penjaga terlebih dahulu sebelum layak menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna juga layak membatalkan langganan perkhidmatan LTSB dengan memberi notis pembatalan langganan melalui sebarang saluran komunikasi LTSB.
Sebaik pesanan ringkas memuatturun maklumat diterima daripada anda, sistem SMS LTSB akan menghantar Item yang diminta ke telefon bimbit anda. Sekiranya permohonan muatturun anda tidak lengkap atau salah atau sekiranya LTSB mendapati sebarang sebab yang perlu, LTSB berhak untuk menolak permintaan anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu. LTSB adalah dikecualikan daripada sebarang kegagalan, kerosakan or kelewatan penghantaran Item yang disebabkan oleh perkara berikut:
- Telefon bimbit anda tidak menyokong format spesifik seperti: Nokia Smart Messaging Standard (NOK), EMS iMelody (iMelody), Motorola Ringtones SMS (MRS) and Ericsson Melody (eMelody) service (for download of ringtones)
- Telefon bimbit anda tidak menyokong SMS
- Telefon bimbit anda berada di luar kawasan perkhidmatan atau untuk satu sebab atau lebih, tidak boleh dihubungi
- Sebarang sebab kegagalan yang tidak berkaitan dengan LTSB
- Waktu respon yang perlahan di sebabkan kesesakan trafik rangkaian perkhidmatan, atau kegagalan rangkaian perkhidmatan yang disebabkan oleh penyedia perkhidmatan talian
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan telefon bimbit dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan ini dan membayar sendiri semua kos terlibat selama waktu menggunakan Perkhidmatan ini.
- GANGGUAN SISTEM KOMPUTER
LTSB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa-apa virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem komputer tuan/puan. Tuan/puan adalah bertanggungjawab secara mutlak untuk perlindungan yang mencukupi dan data sandaran dan/atau peralatan untuk mengimbas virus komputer atau apa-apa harta yang merosakkan.
LTSB tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Laman Web ini.
- PERATURAN PENGGUNAAN
Anda seterusnya bersetuju untuk TIDAK menggunakan perkhidmatan SMS, isikandungan dan juga perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan kebaikan laman web, isikandungan dan perkhidmatan dengan menggunakan pihak ketiga, dan ini merangkumi:
- Pengendalian atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, menjatuhkan maruah, pemberontakan, penyalahgunaan atau kebencian, pemalsuan, perkauman atau yang boleh menganggu sesuatu kaum, memberian tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi sesuatu individu, mengandungi ancaman haram atau emel palsu, menggalakkan perbuatan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah, membahayakan pihak awam atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mana mungkin menyalahi hak penulisan, hakmilik, atau sebarang hak kekayaan intektual;
- Penggunaan bahan terpelihara daripada rahsia perniagaan tanpa kebenaran;
- Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai LTSB atau tuan rumah atau memalsukan keterangan atau menyalahguna perhubungan anda dengan individu atau entiti;
- Penggunaan data atau akses tanpa kebenaran sah, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem tersebut;
- Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran atau perintah yang sah;
- Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’, ‘cancelbots’ atau sebarang aplikasi seumpanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memotong, mengambil-alih sebarang sistem; atau mengganggu gugat servis kepada sebarang pengguna, ‘host’ or rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem LTSB;
- Mempergunakan sebarang pengesahan laluan atau keselamatan pengguna sebarang ‘host’, rangkaian sistem atau akaun ( pencerobosan atau penggodaman atau percubaaan untuk mencerobos atau menggodam); dan
- Menjual semula atau menyediakan laman web, isikandungannya dan perkhidmatan atau sebahagian darinya kepada individu atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.
LTSB berhak sepenuhnya untuk memadam atau mengubah laman web, Isikandungan dan semua Perkhidmatan terkandung di dalamnya dan mengeluarkan atau tidak menerima sebarang perkara yang menyalahi Tatacara Penggunaan. LTSB berhak menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Tatacara Penggunaan dan LTSB akan berkerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan berkenaan jenayah pencerobosan, penyalahgunaan sistem atau rangkaian sistem di bawah penguatkuasaan undang-undang tempatan dan antarabangsa. LTSB juga berhak menamatkan akaun anda dan akses ke laman web, isikandungan dan perkhidmatan sekiranya anda didapati telah menyalahguna atau cuba untuk menyalahguna sebarang terma di dalam Tatacar Penggunaan.
- TERMA DAN SYARAT AM
Tanpa menyentuh dan menjejaskan tafsiran umum fasal dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, tuan/puan bersetuju secara nyata bahawa tuan/puan akan menanggung risiko dalam menggunakan Perkhidmatan ini dan akan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan Perkhidmatan ini.
Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tentang terma-terma dan syarat-syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat dalam mana-mana risalah berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Inggeris akan dirujuk.
SILA KEMUKAKAN APA-APA PERSOALAN YANG ANDA ADA BERHUBUNG DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI KEPADA ALAMAT SEPERTI DI BAWAH :
Melalui mel :
info@langkah.com
Melalui Telefon :
03-7805 5700
Secara Persendirian :
Langkah Teknologi Sdn Bhd
Dengan mengakses Perkhidmatan SMS ini dan mana-mana maklumatnya, anda bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan di atas.
© Langkah Teknologi Sdn Bhd, 2008
|
|