|
|
 |
|
|
|
| |
|
 |
| |
 |
|
 |
 |
 |
 |
|
Guys, sudah bersedia nak tahu cerita terbaru? It’s day 1 keluarga baru One In A Million berkampung di Peninsula Residence, Pusat Bandar Damansara untuk Central Elimination. Everyone look so happy today. Lebih menarik, wajah yang sedia dikenali turut kelihatan. Siapakah mereka? Tunggu sehingga episod ketiga yang bakal ditayangkan di 8TV.
Peserta mula memenuhi ruang legar Cameo, Peninsula Residence, Damansara ini seawal jam 11 pagi. Semakin menghampiri waktu pendaftaran pada jam 12 tengahari, semakin ramai peserta hadir. Ada yang datang berseorangan, ada juga yang ditemani keluarga yang sentiasa menyokong perjuangan seni suara orang kesayangan mereka. Ternyata kesungguhan mereka boleh dipuji.
Sementara menunggu aktiviti bermula, pelbagai gelagat peserta dapat disaksikan. Ada antara mereka membawa alatan muzik seperti gitar, yang mungkin membantu mereka membuat latihan dan persembahan di hadapan juri pada hari pertama Central Elimination yang berlangsung keesokan harinya. Kemeriahan dapat dilihat ketika peserta mula bersuai kenal dan sapa-menyapa satu sama lain. Malah, diiringi petikan gitar rakan, mereka menyanyi bersama-sama dan menunjukkan kehebatan vokal masing-masing.
Jam 2 petang, semua peserta berkumpul dan diberikan taklimat dan pembahagian tempat penginapan kepada peserta. Suasana bertukar menjadi riuh rendah kerana masing-masing mula bersemangat setelah berjumpa rakan-rakan baru. Ada pula yang nak tukar bilik sebab nak duduk dengan geng masing-masing. Tapi tak aci lah kan, bila lagi nak kenal dengan orang-orang baru, betul tak?
Kemudian, sekali taklimat diberi kepada peserta mengenai aktiviti yang bakal mereka lalui. Ingatkan apa, rupa-rupanya mereka perlu membuat kumpulan untuk persembahan sketsa. Kelakar betul, ada yang berlatih sampai terbaring-baring atas lantai! Lebih menarik, setiap kumpulan diberi tugasan berbeza dengan kata kunci berlainan. Ada yang kena menggayakan cara binatang, ada yang terpaksa berlakon sebagai Ah Long, dan ada juga yang membuat persembahan berdasarkan filem Tamil. Aduh, pecah perut semua orang menonton.
Pada sebelah malamnya, diadakan majlis makan malam yang disediakan pihak hotel untuk semua peserta. Amboi, bukan main lagi mereka turun dengan solekan dan pakaian glamor! Penerbit Eksekutif OIAM, Mr Sunil Kumar turut berkesempatan memberi ucapan dan pesanan untuk semua peserta. Selepas itu, semua peserta diminta untuk pulang ke bilik kerana pagi-pagi esok sudah nak kena bangun awal pagi. Apa agaknya yang bakal dilalui peserta? Segalanya akan kita ceritakan dalam kisah akan datang.
Jumpa lagi!
|
Posted by: admin at 16:04 | 0 komen | pautan ke entri ini |
|
Calendar
| << December 2008 >> |
| Sun |
Mon |
Tue |
Wed |
Thu |
Fri |
Sat |
| |
1 |
2 |
| 3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
| 10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
| 17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 |
23 |
| 24 |
25 |
26 |
27 |
28 |
29 |
30 |
| 31 |
|
|
|
|
|
|
| |
|
| |
|
|
 |
 |
| |
 |
 |
 |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|